Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Berkenaan Persidangan Meja Bulat Bersama Agensi Pembimbing Usahawan Di Malaysia Secara Dalam Talian

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

PERSIDANGAN MEJA BULAT BERSAMA AGENSI PEMBIMBING USAHAWAN DI MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN

Bil.29/2021

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Bersama Agensi Pembimbing Usahawan Di Malaysia Secara Dalam Talian pada 17 Ogos ini. Persidangan tersebut bakal melibatkan penyertaan dari 5 Kementerian dan 22 agensi pembimbing yang dikenalpasti telah menjalankan bimbingan kepada usahawan di agensi masing-masing bersama 55 orang usahawan yang berdaftar dengan agensi yang diwakili.

  2. Objektif utama penganjuran persidangan meja bulat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan lagi komunikasi dan kerjasama di antara JAKIM serta Kementerian-kementerian yang menjadi penaung kepada agensi-agensi pembimbing di samping menjadi titik tolak kepada pembentukan pembangunan pelan perancangan strategik bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil dan mikro yang mempunyai pensijilan halal lebih terarah dan berfokus agar kekal berada pada landasan yang tepat.

  3. JAKIM dan JAIN sentiasa komited dalam merancakkan lagi perkembangan industri halal di Malaysia. Melalui kerjasama strategik seumpama ini, lebih banyak lagi usahawan-usahawan luar bandar berpeluang untuk melebarkan sayap perniagaan dengan lebih meluas seterusnya memacu pensijilan halal sebagai sebahagian nilai ekonomi negara.


Sekian, terima kasih.


DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
07 Muharam 1443H / 16 Ogos 2021M
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357